Monday, December 15, 2008

Bola alahai bola...

Malaysia sekali lagi ditimpa nasib malang apabila skuad bola kita gagal untuk mempamerkan aksi yang cemerlang di Phuket. Nampaknya gimik utk mngankut skuad negara ke Phuket menggunakan pesawat pengankut tentera, C 130 hercules di lihat kurang berupaya utk membantu skuad negara sekurang-kurangnya melayakkan diri ke final di kejohanan Piala Suzuki itu.

Salah jurulatih? Agak kurang tepat. Beliau telah membuktikan kebolehanya sewaktu cemerlang membimbing skuad B23 nasional. Alahai bola malaysia. Bila la nk menyinar skali lagi, tak kesian kah anda dengan para ultras kita, xjemu - jemu meyokong pasukan bola kita semua di arena.

Mungkinkah ada permasalahan yang terlepas pandang sewaktu perbincangan FAM. Ini kerana setiap kali penyelesaian dijumpai, Pasukan Harimau kita masih tetap dibelenggu dengan masalah prestasi yang sama.

Diharapkan agar FAM, jurulatih, para pemain dan wakil die-hard fan pasukan Malaysia dapat duduk semeja mencari punca sebenar permasalahan yang masih membelenggu pasukan Malaysia.

Buat para pemain kita teruskan berjuang untuk negara, kekalahan merupakan satu rahmat agar anda semua sedar masih ada ruang untuk diperbaiki. Menyumbanglah kepada negara melalui skill-skill anda di padang bola sepak dunia.

Aku ialah antara penyokong Pasukan Malaysia tidak pernah berpatah arang untuk melihat pasukan kita kembali megah di persada dunia. Hidup pasukan Malaysia. Buat pemain beragama Islam banyak2 kan lah berdoa kerana kita yang merancang tp Allah S.W.T yang menentukan.