Tuesday, March 17, 2009

Politik Wang = rasuah ????

Politik wang, adakah ini kata ganti nama untuk rasuah??

Sila bg pandangan anda :)

Tuesday, March 10, 2009

Kenyataan Dr Mohd Asri Berhubung Isu Nama Allah

Saya bukan jawatankuasa PAS, atau orang Kelantan, namun bagi saya sesiapa yang menempelak kenyataan YAB MB Kelantan tentang isu nama Allah adalah mereka yang kurang jelas tentang akidah Islam, atau mempertahankan apa yang mereka tidak faham.

Saya telah tulis isu ini lebih setahun yang lalu dalam artikel saya yang disiarkan dalam MM bertajuk 'Beza Antara Menyebut Nama Allah Dan Merpertahankan Akidah'.

Saya telah kemukakan hujah dan alasan bahawa mereka boleh memanggil Tuhan dengan 'Allah'. Al-Quran dan Sunnah membenarkannya. Akidah bukan diukur dengan panggilan, tetapi dengan membezakan antara tauhid dan syirik.

Majlis Fatwa Perlis semasa saya menjadi mufti membuat keputusan sebulat suara keharusan bukan muslim memanggil Tuhan dengan panggilan Allah. Jangan kita nak divert isu politik, kita bangkit isu agama, nanti agama menjadi mangsa permainan manusia.

Saya nasihat kepada yang bising isu ini, jika nak berjihad, biarlah kena pada tempatnya. Ini bukan isu yang patut kita bertarung kerananya.

Jika ingin melarang bukan muslim guna nama Allah jangan sebut Islam melarang tetapi beritahu mereka peraturan Kerajaan Malaysia melarangnya atas sebab-sebab tertentu.

Jangan jadikan isu agama nanti mereka hairan lain al-Quran cakap, lain pihak yang memakai jenama agama cakap. Apa yang patut JAKIM fikirkan adalah bagaimana cara agar bukan muslim dalam negara kita lebih faham dan suka dengan Islam.

Dr Mohd Asri Bekas Mufti Perlis
Lampeter, UK

*(ini adalah article dari akbar wasilah)

Sunday, March 8, 2009

Amarahku membuak2 tatkala membaca artikel sombong ini

Aper nak jadi dengan orang melayu ini yang kononnya membela melayu. Tetapi dalam sedar menghina bahasa melayu itu sendiri. Apalah salahnya aku, orang kelantan dan orang terenganu ingin bertutur dalam dialek masing2. Dialek itupun sebahagian daripada bahasa melayu juga. Dasar goblok yang tidak tahu berfikir. Aku cukup terbakar membaca artikel di blog http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2009/03/ppsmi-even-nik-ajis-n-hadi-pung-tak.html . Artikel yang ditulis umpama ingin memecah belahkan Melayu itu sendiri. Jangan jadi dungu la wahai penulis blog tersebut, jangan bermegah2 kononya anda ialah penyatu melayu. Dalami dahulu adab tertib melayu sebelum anda mengaku anda jaguh menyatukan Melayu. Menghina dialek orang lain adalah satu perbuatan yang kurang ajar dan biadap. Aku tidak kisah kalau penulis tersebut ingin menulis artikel politik tetapi biarlah ada batas. Janganlah cakap macam murai yang bodoh itu. Ingatlah anda manusia yang pasti akan dihisab di akhirat bukan haiwan yang akan menjadi tanah di akhirat.

Sunday, March 1, 2009

Lagu sempoi tapi Masih ingtkan pendengar kepada NYA yang Maha ESA.



Klo saper2 ader2 per komen bleh lah share yer :D