Thursday, April 9, 2009

Khairy tercicir walaupun menang ketua pemuda

Thursday, April 9, 2009

Khairy tercicir walaupun menang ketua pemuda

KUALA LUMPUR, 9 April: Walaupun menang dalam pertandingan ketua pemuda Umno, nampaknya melalui pengaruh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir, Khairy Jamaludin Abu Bakar tidak tersenarai dalam kabinet baru yang diumumkan Datuk Seri Najib hari ini.

Malah, naib beliau, Razali Ibrahim dan orang yang beliau kalahkah iaitu anak Mahathir, Mukhris Mahathir, dilantik menyertai barisan kepimpinan negara yang baru.

Hanya Khairy yang tertinggal dalam kabinet ini, ketua sayap-sayap Umno iaitu wanita dan puteri semuanya disenaraikan dalam barisan kepimpinan baru Najib ini.

Sebelum ini, Mahathir berkata, beliau tidak campur tangan dalam pemilihan kabinet ini tetapi menyatakan panentangannya jika Khairy dilantik dalam kebinet baru ini.

Di samping Khairy, mereka yang tercicir dalam kabinet ini adalah Tan Sri Muhamad Haji Mohamad Taib (yang kalah untuk jawatan timbalan presiden), Datuk Seri Hamid Albar (yang mencadangkan agar akta penerbitan dimansuhkan), Datuk Seri Azalina Othman Said (Menteri Pelancongan).
Turut tercicir adalah Datuk Amirsham Aziz (Menteri di JPM), Mohd Zin Mohamed (Kerjaraya) dan Zulhasnan Rafique (Wilayah Persekutuan) dan Datuk Shahril Samad yang meletakkan jawatan sebelum penyusunan semula kabinet hari ini.

Di samping itu dua menteri MCA juga tercicir.

*dari siasah, sbab utusan Malaysia da delete sal ni

3 comments:

SangKunang said...

ada bagusnya KJ x dilantik.
tumpukan perhatian pada parti.
perkasakan pemuda.
tarik belia utk bersama2 kerajaan.
tu tugasan terpenting KJ.
lagipun KJ masih muda.
masih banyak masa untuknya.
masa yg ada ini sebaikya digunakan KJ utk bersihkan dirinya.
kembalikan kepercayaan. buktikan yg beliau adalah aset muda mudi negara !

Pokjak a.k.a. Aizat said...

heh2 byk2 kn bertaubat la, lg pn xder y maksum slain Rasulullah.
iman ader pasang surut, da surut tu kna la tapau lg :) bace alquran byk2..

IanLee87 said...

Haha... aku ikut program hari keluarga x-mpp... besh2...

Weh.. Aku dah lm link dgn blog ko la...